Pages

Thursday, 13 June 2013

Tips Sembuhkan Selsema

Tips sembuhkan selsema
Tips sembuhkan selsema

Selsema disebabkan oleh virus Influenza jenis A,B dan C.Meskipun dengan kecanggihan teknologi perubatan kini,belum ada rawatan untuk selsema.Jadi anda perlu tunggu sehingga sistem imun anda menang berperang dengan virus Influenza.

Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mempercepatkan proses sembuh dari selsema.

1.Kerap Buang Hingus
kerap buang hingus

-Hingus tu perlu dikeluarkan dari hidung anda.Memang merimaskan sebab hingus tu seperti tak putus-putus tapi anda perlu juga mengeluarkannya.Hembus hingus dari hidung anda,tetapi jangan terlalu kuat kerana tekanan yang terlalu kuat menyebabkan telinga sakit.

2.Rehat yang cukup
tidur yang cukup

-Apa sahaja sakit,perlukan rehat yang cukup,demikian juga dengan selsema.Mintalah cuti beberapa hari dari kerja atau sekolah dan tidur sepuas-puasnya supaya tubuh anda mampu memfokuskan sepenuhnya tenaga pada imun tubuh.

3.Mandi air hangat dan berwap
-Air hangat dan berwap baik untuk selsema.Wap akan melembapkan laluan hidung anda seterusnya memudahkan hingus untuk dikeluarkan.

4.Minum air yang banyak
-Bila kita sakit,tubuh akan kehilangan air beberapa kali ganda lebih cepat berbanding biasa,oleh itu penting untuk anda minum air yang lebih.Air juga akan membantu mengeluarkan toksik dalam tubuh dengan lebih mudah.

5.Beli ubat selsema
-Paling penting ialah beli ubat selsema di klinik atau farmasi.

6.Cuci Tangan Selalu
-Jaga kebersihan anda ketika sakit.Jangan lap hingus tu pada mana-mana pakaian sebab nanti virus tu akan tinggal di sana,selepas anda sembuh dan guna pakaian tu semula,selsema menyerang anda lagi.Cuci tangan dengan kerap.

7.Makan makanan berkhasiat
makanan yang kaya vitamin c
Makanan yang kaya vitamin C
-Pastikan anda jaga makanan anda ketika selsema.Nutrisi yang betul akan mempercepatkan proses penyembuhan.Makanlah makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti lobak,limau,kiwi,brokoli,jambu biji,Betik,Apple dan lain-lain.

Sekian tips sembuhkan selsema.Berjumpalah dengan doktor untuk hasil terbaik.


Rujukan : www.webmd.com dan www.wikihow.com