Pages

Tuesday, 4 June 2013

Gusi Bengkak dan Sakit

gusi-bengkak-dan-sakit
Gusi bengkak dan sakit
Adakah anda mengalami gusi bengkak,sakit dan berdarah?Sekiranya ya,anda menghidap penyakit Periodontal.

Penyakit Periodontal ialah sakit yang berlaku di sekitar gigi,apabila tisu dalam mulut dijangkiti bakteria.Bakteria wujud secara semula jadi dalam mulut,tetapi sekiranya ia membiak secara berlebihan,ini yang menyebabkan gusi bengkak dan sakit.

Antara simptom penyakit Periodontal ialah :
-Tekak bengkak
-Lidah berwarna merah terang seperti strawberry.
-Rasa masam pada mulut(disebabkan asid Reflux)
-Sukar bercakap atau menelan.
-Mulut rasa tidak selesa lepas makan.
-Mulut berbau busuk.
-Permukaan gigi jadi hitam.
-Gusi merah,bengkak dan sakit.

Antara rawatan untuk mengubati gusi bengkak dan sakit ialah seperti berikut :

1.Berus gigi 2-3 kali sehari dengan perlahan-lahan dan lembut.Luka pada gusi juga menyebabkan jangkitan bakteria.Luka pada gusi selalu disebabkan oleh cara kita menggosok gigi yang kasar.

2.Kekurangan nutrisi juga menyebabkan gusi bengkak,makanlah makanan yang kaya dengan Vitamin C.

3.Dapatkan tidur yang mencukupi.Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan muka dan gusi anda membengkak.

4.Berkumur dengan air suam yang telah dicampur sesudu garam selama beberapa minit.

5.Perah jus dari buah lemon pada segelas air.basuh mulut menggunakan air tersebut.

senyuman-comel
Jagalah kesihatan anda supaya boleh senyum comel macam ni...

Sekiranya gusi anda semakin teruk atau tidak sembuh-sembuh,berjumpalah dengan doktor gigi.