Pages

Thursday 23 May 2013

Kenapa Kasut Berbau Busuk


kenapa kasut berbau busuk
kenapa kasut berbau busuk
Bagi pelajar dan pekerja pejabat,kasut berbau busuk memang perkara lazim.Sehari saja tak dibasuh,pasti baunya sudah tak enak.Tapi tahukah anda kenapa kasut berbau busuk?

Sebenarnya bahagian tubuh manusia yang paling mudah berbau ialah yang dibungkus iaitu yang pengudaraannya tidak lancar.Contohnya ialah kasut.

Penyebab kasut berbau busuk ialah bakteria yang dikenali sebagai Anaerobic Bacteria.Bakteria ini membiak dengan ketiadaan oksigen.Anaerobic Bacteria membiak dengan cepat dan banyak dalam keadaan panas lembab dan gelap.

Peluh juga menjadi punca kasut membusuk.Peluh sebenarnya tidak berbau tetapi ia menghasilkan keadaan yang sangat sesuai untuk bakteria membiak.

Bagaimana pula mengatasi masalah kasut berbau busuk?Cara paling simple ialah dengan meletakkan deodorant pada kaki anda.

kasut sekolah ini anti-bakteria-Jet Run
Anda boleh juga membeli stoking khas yang anti-bakteria dan kasut yang ada sistem pengudaraan.Pastikan kaki anda selalu kering dan terdedah kepada udara yang cukup bagi mengelakkan kasut berbau busuk.

Rujukan:Wikipedia,askville.amazon.com dan wikihow.com

Kredit foto : gezzeg.fotopages.com