Pages

Saturday, 1 June 2013

Tips Elak Kencing Manis (Diabetes)

tips elak kencing manis
gambar hiasan
Penyakit kencing manis atau Diabetes ialah antara penyakit yang sinonim di Malaysia.Kencing manis juga tersenarai dalam antara penyakit yang tidak dapat disembuhkan.

Penyakit kencing manis berlaku apabila kandungan glukosa atau gula dalam darah terlalu banyak sedangkan badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk membakar glukosa itu.Banyak kesan negatif dari penyakit ini seperti luka kecil tidak sembuh dan bertambah teruk,mati pucuk serta tangan dan kaki rasa kebas.

Kes terbaru ialah bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang terpaksa dipotong kakinya kerana penyakit kencing manis ini juga.

Buat masa ini belum ada rawatan yang mampu menyembuhkan penyakit kencing manis secara sepenuhnya,sebab itulah kita perlu menjaga kesihatan kita.

Berikut ialah tips-tips untuk elak penyakit kencing manis atau Diabetes :

1.Jangan Tinggalkan Sarapan
kajian menunjukkan bahawa sarapan dapat mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 34 %.Ini disebabkan sarapan pagi akan membantu individu itu mengawal selera makan makanan berkalori tinggi sekaligus mengelakkan berat badan daripada bertambah.Berat badan berkait rapat dengan penyakit Kencing Manis.

2.Makan Makanan Kaya Serat
antara makanan yang kaya dengan serat ialah sayur-sayuran,buah-buahan,kekacang dan gandum.

3.Kurangkan Berat Badan
berat badan berkait rapat dengan penyakit Kencing Manis.Satu kajian menunjukkan bahawa senaman yang kerap menurunkan risiko penyakit Kencing Manis kepada 60 %.

4.Lakukan Lebih Banyak Aktiviti Fizikal
sebaik-baiknya anda ambillah satu masa dalam seminggu tu untuk bersenam,kalau tidak dapat pun,lakukan alternatif ini;jangan guna lif untuk naik bangunan yang setakat 2-3 tinggat sebaliknya gunakan tangga.Jangan juga guna kereta sekiranya destinasi dekat seperti ke kedai runcit,berjalan kakilah.

5.Tidur Yang Cukup
individu yang tidur kurang 6 jam sehari berisiko 60 % menghidap Kencing Manis.Satu kajian di Universiti Chicago menunjukkan peningkatan selera makan terhadap makanan manis dan masin sebanyak 45 % hanya selepas 2 hari tidak cukup tidur.

6.Bertindak Awal
lakukanlah ujian darah dan urin sekarang.Saya juga telah melakukan ujian darah beberapa bulan lepas dan syukur sebab kandungan gula dalam darah saya normal.Meskipun Kencing Manis tidak ada rawatan penyembuh,tetapi Kencing Manis peringkat awal atau Pre-Diabetes boleh disembuhkan! 

Marilah kita sama-sama memberi perhatian yang lebih terhadap kesihatan kita.Jangan mentang-mentang kita masih muda penjagaan tubuh kita anggap enteng.Jangan sampai sudah terhantuk baru terngada.

Rujukan: Wikipedia, mayoclinic.com , wikihow.com, sharecare.com , www.aarp.org



6 comments:

  1. Betul...Mencegah lebih baik dari mengubati :)

    ReplyDelete
  2. semoga dielakkan kencing manis

    ReplyDelete
  3. Ramai dari rakyat Malaysia dapat kencing manis juga atas sebab pemakanan dan tak menjaga rutin dengan baik...

    ReplyDelete
  4. setuju! kita cegahlah ia biar tak sakit nantinya

    ReplyDelete
  5. kalau dah terkena memang susah nak kembali normal kencing manis..

    artikel terbaru saya:Dari Tanah Arab Kembali Ke Tanah Melayu

    ReplyDelete
  6. salah satu penyakit tiga serangkai..semoga dijauhkan..

    ReplyDelete