![]() |
Anda ingin ketawa dengan yakin ?? |
Baik,saya akan kongsikan tips gigi putih yang murah dan mudah dilakukan dahulu.
1.Guna Ubat Gigi Pemutih
-Terdapat banyak produk pemutih gigi di luar sana.Namun anda perlu bijak memilih jenama yang dipercayai selamat dan berkesan.
Antara yang disarankan ialah Colgate Advanced White dan Darlie All Shiny White.
Atau sekiranya anda ingin memilih ubat gigi yang lain,cuba cari ubat gigi yang mengandungi Blue Covarine,ia melekat pada gigi dan memberikan ilusi berkilat dan putih.
2.Guna Whitening Trays
![]() |
CleverWhite - twopinkcheeks.com |
Dalam Whitening Trays ini ada cecair peluntur Peroxide.Jangan risau Peroxide adalah selamat.
Antara produk Whitening Trays yang ada dijual di Malaysia ialah CleverWhite.
3.Guna Whitening Strips
-Whitening Strips ni pun hampir sama juga dengan Whitening Trays.Ia ditempelkan pada gigi untuk jangka masa tertentu.Whitening Strips juga mengandungi cecair Peroxide.
Hasil biasanya dapat dilihat selepas 14 hari.
Selain daripada cara memutihkan gigi di atas,terdapat juga rawatan lain yang serta merta hasilnya tetapi mahal pula kosnya.
4.Kaedah Vaneer
![]() |
Inilah hasil kaedah Vaneer(bawah selepas) |
Gigi akan dikikis,kemudian acuan di ambil dan dihantar ke makmal,selepas Vaneer itu siap,ia akan disimenkan pada gigi anda.
Kontra kaedah ini ialah kosnya mahal dan mencecah RM1000 untuk sebatang gigi!
5.Kaedah Laser
-Kaedah ini adalah rawatan gigi kuning terbaru.Cecair Hydrogen Peroxide dan Carbamide akan diletakkan pada gigi dan diaktifkan serta dilajukan prosesnya dengan laser LED.
Proses mengambil masa antara 15 minit hingga sejam.
Rujukan: www.wikihow.com , www.webmd.com , drleen.wordpress.com , m.izieherb.net