![]() |
siapakah pencipta rokok |
Rokok dahulu dan rokok sekarang memang jauh bezanya,kalau dulu mereka guna tembakau sebagai rokok,sekarang guna kertas yang dibentuk silinder dah.
Sebenarnya siapa pencipta rokok pertama secara spesifik tidaklah diketahui tetapi dipercayai dan terdapat bukti bahawa budaya merokok dimulakan oleh suku-suku di Amerika Tengah seperti suku Indian,Maya dan Aztec.Mereka menghisap tembakau untuk tujuan perubatan,ritual keagamaan dan ketika pertemuaan antara suku.
![]() |
ukiran yang ditemui di sebuah kuil di Palenque,Mexico - Priest Maya sedang merokok |
Kemudian ketika rombogan Christopher Columbus datang ke benua Amerika ini,sebahagian mereka terikut-ikut dengan budaya merokok tembakau.Mereka kemudian membawa budaya ini ke benua asal mereka iaitu Eropah.
Seorang diplomat Perancis,Jean Nicot,mempopularkan lagi budaya merokok ini di seluruh Eropah.Ramai bangsawan pada ketika itu merokok.Nama Nikotin diambil sempena nama beliau sendiri.Kemudian muncul pula John Ralfe yang menanam tembakau dalam skala yang besar.
Kemudian budaya merokok tersebar ke seluruh dunia dan muncullah ratusan jenama rokok pada hari ini.
Rujukan : Wikipedia, Kishi-kun.blogspot.com
Amaran Kerajaan Malaysia: Merokok Tidak Baik Untuk kesihatan
ReplyDeleteHehehe :)