Bagaimana mesin basuh bekerja? |
Untuk menghargai jasa si mesin basuh sambil-sambil menambah pengetahuan am,apa kata kita selidik sikit bagaimana mesin basuh berfungsi secara ringkas.Ya ringkas saja supaya kepala tak pening memikir.
Sebenarnya mesin basuh membersihkan pakaian dengan mengandukkan/mengacau pakaian tersebut bersama dengan air dan sabun cuci,sebab itulah anda perlu guna sabun cuci yang betul-betul berkesan.
Kemudian air akan dikeringkan dari adunan kain tu lalu diadukkan lagi untuk menghilangkan lebihan air.Seterusnya,air akan dimasukkan semula ke dalam adunan kain tadi lalu diadukkan lagi untuk menghilangkan lebihan sabun cuci.Selepas itu dikeringkan dan diadukkan semula.
Maksudnya mesin basuh tu putar-putar saja pakaian anda,tapi putaran tu bukan putaran sembarangan kerana tangan manusia mustahil untuk melakukannya.
![]() |
bahagian dalam mesin basuh |
Gambar di atas ialah bahagian dalam mesin basuh,"counter weight" ialah konkrit yang diletakkan dalam mesin basuh untuk mengimbangi berat motor pemutar dalam mesin tersebut.Itulah sebabnya mesin basuh ni berat.
Okaylah itu saja perkongsian saya tentang mesin basuh ni,sebenarnya banyak lagi perkara menarik tentang mesin basuh yang saya nak cerita tapi kalau panjang sangat boleh pening kepala anda baca.
Bagi students yang mungkin diberi assignment kaji tentang mesin basuh,bolehlah baca artikel lengkap yang menyentuh mengenai mesin ni secara lebih menyeluruh di How Stuff Works .Atau boleh tengok saja video di bawah ini :
hari ni tak basuh pakaian
ReplyDeletesejak pagi lagi dah banyak benda kena buat
huhu