![]() |
Kenapa telinga saya gatal |
Berikut ialah antara punca-punca telinga gatal :
-Tahi telinga atau ear wax (serumen) yang berlebihan menyebabkan telinga gatal.Selain itu ia juga menyebabkan pendengaran terbatas.
-Kekurangan serumen juga dapat menjadi penyebab telinga gatal.Bila telinga kita kekurangan serumen,telinga akan menjadi kering dan menyebabkan rasa gatal pada telinga.
-Kadang-kadang,telinga menghasilkan serumen yang mencukupi namun disebabkan terlalu kerap membersihkan telinga,serumen menjadi nipis dan menyebabkan telinga kering seterusnya terasa gatal.
-Memiliki sedikit tahi telinga sebenarnya baik.Fungsi tahi telinga ialah menghasilkan keadaan yang masam dalam telinga supaya bakteria tidak dapat membiak,ia juga bertindak sebagai penghadang air dan serangga serta melembapkan tisu.

-Sekiranya telinga anda terlebih serumen,maka disarankan berjumpa doktor untuk membersihkan tahi telinga anda itu dengan cara yang betul.Kalau kurang serumen pula,boleh guna baby oil untuk lembapkan.
2.Jangkitan kulat
-Sering terjadi kepada individu yang selalu terdedah dengan air seperti perenang.Jangkitan kulat atau Otomikosis juga kerap terjadi kepada penduduk negara tropika seperti Malaysia sendiri.
-Oleh itu,pastikan telinga anda sentiasa kering.Juga tidak digalakkan memakai earphone atau alat bantu pendengaran ketika telinga masih basah kerana air akan terperangkap di dalam menyebabkan jangkitan kulat.
3.Penyakit kulit
-Penyakit kulit seperti Eczema,Seborrheic Dermatitis dan Psoriasis yang menyebabkan kulit mengeluaps juga boleh menyebabkan telinga gatal teruk.Berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami masalah ini.
-Telinga sebenarnya sangat sensitif sehingga bulu telinga yang gugur pun menghasilkan reaksi kegatalan.
4.Alergi
-Alergi terhadap makanan tertentu seperti udang dan ketam juga menyebabkan telinga gatal.Walaubagaimanapun,alergi biasanya disertai dengan kulit yang kemerahan atau mata membengkak.
5.Serangga masuk telinga
-Sekiranya ada serangga kecil dalam telinga anda,ia juga menyebabkan telinga gatal.Membasuh telinga dengan air suam mungkin membantu,sekiranya tidak,berjumpalah dengan doktor.
6.Psikologi
-Keadaan psikologi seperti stress,trauma dan depresi juga boleh menjadi punca telinga gatal.

Cara Membersihkan Telinga Yang Betul
![]() |
Hati-hati menggunakan cotton buds |
Menggunakan cotton bud menyebabkan kotoran tertolak lebih dalam.Selain itu,risiko untuk kulit telinga tercalar juga tinggi dan boleh menyebabkan iritasi pada telinga.Anda juga mungkin akan memecahkan gegendang telinga anda secara tak sengaja.
Lalu bagaimana cara membersihkan telinga yang betul?Sebenarnya dalam keadaan normal,telinga memiliki mekanisme pembersih sendiri.Maknanya telinga mampu membersihkan bahagian dalam dan tengah dengan sendirinya,yang boleh kita bersihkan dengan cotton bud ialah pada bahagian daun telinga dan sekitar luar lubang telinga sahaja.
Rujukan: id.she.yahoo.com , wikipedia.org , artikelkesehatanwanita.com , voices.yahoo.com , journals.lww.com