Kecantikan kulit tidak hanya bergantung pada apa yang anda sapu pada muka sahaja,tetapi apa yang anda makan juga mempengaruhi.
10 MAKANAN YANG BAIK
UNTUK KULIT1.Coklat baik untuk kesihatan kulit,terutama sekali coklat berwarna gelap.Coklat dahulunya dianggap mampu menyebabkan jerawat,tetapi kajian menunjukkan sebaliknya.Flavonoids dalam coklat mampu melindungi kulit dari cahaya UV matahari.Coklat juga merangsang aliran darah ke kulit.
2.Susu bagus untuk kesihatan kulit.Amalkan meminum beberapa gelas susu sehari.Susu mengandungi asid amino yang berfungsi melembapkan kulit.Susu juga bersifat antioxidants yang mana baik untuk membuang toksin dalam tubuh.
Menurut WebMD.com pula,vitamin A
ialah salah satu komponen terpenting untuk kulit sihat,dan susu ialah sumber
terbaik untuk mendapatkannya.
3.Pisang baik untuk kulit.Pisang bukan saja sumber zat besi,magnesium
dan potassium yang baik,tetapi juga kaya dengan Vitamin A,B,C dan E yang mana
berfungsi sebagai agen anti-penuaan.
4.Betik bagus untuk kesihatan kulit.Betik bersifat antioxidant dan
mengandungi enzim yang disebut papain
yang berfungsi membuang sel mati dan cela kulit.
5.Buah mangga bukan saja sedap tetapi ia juga ada manfaat untuk kulit
kita.Buah mangga kaya dengan Vitamin C
dan bersifat antioxidant.Ia mampu melambatkan proses penuaan kulit dan memperbaharui
kulit.
6.Yogurt juga merupakan makanan yang luar biasa,bukan saja ia baik
dan sedap dimakan tetapi boleh juga disapukan pada muka sebagai facial.
Menurut
OrganicAuthority.com,antara kebaikan
yogurt ialah untuk melembapkan kulit,menghilangkan jerawat,mencegah penuaan
pramatang dan mengurangkan kesan terbakar cahaya matahari.
7.Ais Krim sememangnya makanan yang “digerami”,bukan saja oleh
kanak-kanak bahkan dewasa.Ia sesuatu yang baik kerana ais krim ada manfaat
untuk kulit.Oleh kerana ais krim memiliki sifat yang sama dengan susu dan
yogurt,maka ia juga memiliki kandungan yang sama dan khasiat yan serupa.
Menurut SymptomFind.com,ais krim
mengandungi Vitamin A,Vitamin B2 dan Vitamin B12.Vitamin-vitamin tersebut
penting untuk kulit,tulang,metabolism dan sistem imun.Walaubagaimanapun,pastikan
anda lihat label nutrisinya sebelum membeli.
8.Oren yang kaya dengan Vitamin C juga sangat bagus untuk kulit.Vitamin
C berfungsi memperbaiki tekstur dan
warna kulit.Vitamin C juga berperanan penting untuk sistem imun tubuh.Oren juga
dapat memulihkan kolagen dalam tubuh yang berperanan mengetatkan kulit dan
mencegah penuaan kulit pramatang.
9.Telur bukan saja boleh dimasak untuk dimakan tetapi selau dijadikan
sebagi facial.Telur kaya dengan protein,iaitu bahan penting yang digunakan oleh
tubuh untuk memperbaiki tisu.
10.Lycopene dalam tomato membantu mengekalkan keremajaan kulit dan melindungi kulit dari cahaya UV matahari.
Satu kajian di Newcastle University menunjukkan bahawa mereka yang makan tomato menampakkan peningkatan perlindungan dari cahaya matahari dan kerosakkan DNA disebabkan terdedah kepada matahari.
Sekian,semoga senarai 10 makanan yang baik untuk kulit ini berguna kepada anda.Kalau anda inginkan kulit yang sempurna,maka makanlah makanan-makanan dalam senarai di atas lebih kerap lepas ni.
Rujukan : DailyMail , FitnessMagazine.com
Satu kajian di Newcastle University menunjukkan bahawa mereka yang makan tomato menampakkan peningkatan perlindungan dari cahaya matahari dan kerosakkan DNA disebabkan terdedah kepada matahari.
Sekian,semoga senarai 10 makanan yang baik untuk kulit ini berguna kepada anda.Kalau anda inginkan kulit yang sempurna,maka makanlah makanan-makanan dalam senarai di atas lebih kerap lepas ni.
Rujukan : DailyMail , FitnessMagazine.com