Pages

Sunday, 2 June 2013

Cara Tidur Yang Betul dan Sihat

gambar hiasan
Tidur adalah masa untuk kita rehatkan tubuh kita selepas penat melakukan aktiviti sepanjang hari.Pada masa inilah tubuh kita memperbaiki sel-sel yang rosak.


Tapi sekiranya cara tidur anda salah,sebaliknya pula yang berlaku,malah waktu tidur pula anda akan dapat sakit seperti sakit kepala,sakit leher dan sakit belakang sebaik anda bangun dari tidur.


Oleh itu perlu anda ketahui cara tidur yang betul untuk memastikan keselesaan anda semasa dan selepas tidur.

1.Tidur Dengan Belakang Di Bawah
posisi-tidur-yang-betul
tidur dengan belakang di bawah
Ini ialah posisi tidur yang terbaik.Cara tidur yang begini mengelakkan sakit leher,belakang dan pinggang.Selain itu posisi ini juga akan membantu mengekalkan bentuk payudara bagi wanita serta mencegah wajah berkedut.

Letakkan bantal pada bahagian belakang lutut untuk mengekalkan lengkung pada bahagian bawah badan.Boleh juga letakkan tuala yang digulung pada belakang anda untuk keselesaan penuh.

Walaubagaimanapun posisi ini tidak berapa sesuai untuk mereka yang berdengkur.

2.Tidur Mengiring
posisi-tidur-yang-betul
Tidur mengiring
Ini ialah cara tidur kedua yang baik untuk kesihatan.Posisi ini boleh mengelakkan sakit leher dan belakang serta mengurangkan dengkur.Posisi tidur ini juga sesuai untuk wanita mengandung.Bagi wanita mengandung,tidur mengiring sisi kiri adalah baik untuk pengaliran darah,tetapi jangan lipat kaki anda,biarkan lurus.

Kepitkan bantal dengan paha anda untuk menyokong kaki bahagian atas bagi mengelakkan sakit pinggang.

Bantal kepala yang sesuai untuk posisi ini ialah bantal yang tebal untuk mengisi ruang antara leher dan bahu.

3.Tidur Meniarap
tidur-meniarap
tidur meniarap
Posisi tidur meniarap merupakan posisi tidur yang paling banyak keburukkannya.Sekiranya anda ada masalah sakit leher atau sakit belakang,posisi tidur ini harus anda elakkan.Walaubagaimanapun posisi ini sesuai untuk orang yang berdengkur kerana  laluan udara lebih luas dengan gaya tidur seperti ini.

Sekiranya anda tidur dengan posisi meniarap,letakkan bantal pada bahagian bawah pelvis dan bawah abdomen untuk mengurangkan ketegangan pada bahagian belakang.

Gunakan bantal yang nipis pada kepala atau jangan guna bantal langsung.

Sekian perkongsian Cara Tidur Yang Betul dan Baik Untuk Kesihatan,semoga berguna untuk semua.

p/s: suka tak dengan gambar paling atas tu,silalah add Facebook dia kalau suka. :P

Rujukan: www.mayoclinic.com , www.cnn.com


17 comments:

  1. Mula2 baring saja posisi yg betul...bila dah terlena, pelbagai gaya dan aksi...hehe

    ReplyDelete
  2. org cakap tidur meniarap bahaya ea ? huhu.sape entah cakap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya,posisi tidur meniarap memang tak berapa digalakkan,tapi ada juga kebaikkannya iaitu boleh kurangkan berdengkur,,

      Delete
  3. dah tidur tak tahu dah macam mana posisinya

    ReplyDelete
  4. arini xcukup tidur..byk kerja review ni..mata dah berpinarrr2...

    ReplyDelete
  5. kalau tidur berdengkur cam serombong kapal tu,baik x tuk kshtn..
    ahaha

    ReplyDelete
  6. tidur mengiring ke kanan yang terbaik..

    ReplyDelete
  7. tidur mengiring cara yg terbaik

    ReplyDelete
  8. tidur mengiring sebelah kanan...banyak kebaikkan

    ReplyDelete
  9. gambar paling atas tu sedang tidur juga ke?
    haha pelik je cara tidur

    ReplyDelete
  10. fyna suka mengiring ^_^ selesa

    ReplyDelete
  11. tidur mengiring sebelah kanan..senang untuk bangkit dari kematian kecil (tidur)

    ReplyDelete
  12. :) hehee... suka tido mengiring kanan >.< tapi kalau dah lena xtau lah dah jadi cm ne..hehehe

    ReplyDelete