Pages

Tuesday 11 June 2013

Tips Tidur Cepat

Tips-Untuk-Tidur-cepat
Gambar hiasan -kredit jokeroo.com
Masa tidur ialah masa untuk tubuh kita memperbaiki segala kerosakkan sel-sel.Tidur yang cukup dan sempurna sangat perlu kerana ia akan memberikan kesan pada kualiti kerja kita.

Adakah anda mengalami masalah sukar tidur @ Insomnia ?Sekiranya anda tidak dapat tidur selepas sejam berbaring,maknanya anda ada masalah tidur.

Ini saya kongsikan Tips Untuk Tidur Cepat dan Lena.


1.Bersenam waktu siang
-Senaman baik untuk kesihatan dan ia juga baik untuk tidur anda.Berjoging,main badminton,SepakTakraw dan lain-lain sukan yang mengeluarkan peluh akan membuat anda tidur lebih lena pada malamnya.

Tetapi jangan bersenam 3 jam sebelum waktu tidur anda kerana itu malah akan buat anda sukar untuk tidur.

2.Kurangkan minum minuman berkafein dan alkohol
-Pengambilan kafein yang berlebihan akan menyukarkan  anda untuk tidur,demikian juga dengan minuman beralkohol.Jangan minum kopi 4 jam sebelum tidur.

3.Elakkan tidur siang
-Tidur pada waktu siang sememangnya baik untuk produktiviti,tetapi hanya jika tidur antara 15-30 minit.Lebih dari itu akan membuat anda sukar tidur pada waktu malam.

4.Makan malam secara sederhana
-Sekiranya anda terlalu kenyang,proses penghadaman juga akan menjadi lambat dan akan mengganggu tidur anda.Tetapi jangan tidak makan pula,kerana kelaparan akan membuat anda terjaga sepanjang malam.

5.Tutup TV dan komputer sejam sebelum tidur
-TV dan komputer boleh mengganggu konsentrasi anda untuk tidur,oleh itu tutup TV dan komputer sejam sebelum tidur.

6.Pasang aircond atau kipas
-Suhu yang sejuk akan membuat anda tidur lebih mudah dan lena.Pasang aircond atau kipas.Suhu yang sesuai ialah 19-20 darjah Celcius.

7.Malapkan lampu
-Cahaya terang akan merangsang otak untuk aktif,seterusnya menyukarkan anda untuk tidur.Malapkan lampu atau padam saja lampu bilik anda atau gunakan penutup mata.

8.Pasang muzik yang lembut
-Satu penelitian di Journal of Holistic Nursing menunjukkan pesakit yang bermasalah untuk tidur,akan dapat tidur lebih mudah sekiranya muzik lembut dimainkkan.Pasanglah mp3 jiwang kegemaran anda ketika tidur.Muzik tanpa lirik(hanya muzik) lebih baik sebenarnya.

9.Mandi air suam
-Mandi air suam sebelum tidur akan meningkatkan suhu badan anda.Selepas mandi,sejukkan tubuh anda dalam bilik dengan aircond atau kipas,pasti anda akan rasa rileks.

10.Minum teh atau susu
-Teh dan susu dapat menenangkan tubuh anda.

11.Pakai pakaian yang selesa
-Pakailah pakaian yang longgar,ringan dan sejuk ketika hendak tidur.Pakaian tidur yang sesuai ialah yang diperbuat dari kapas.Tidur tanpa pakaian juga baik.

12.Kualiti tempat tidur
-Belilah tilam dan bantal yang selesa dan brkualiti.Tidak salah melabur untuk tempat dimana anda habiskan satu per tiga hidup anda.

13.Aromaterapi
-Bau-bauan yang wangi juga membantu anda tidur lena.Antara wangian yang sesuai ialah vanilla,lavender,sancalwood dan merojam.

14.Jaga posisi tidur
-Baca posting saya tentang Cara Tidur Yang Betul untuk topik ini.