Pages

Friday 14 June 2013

Maksud Warna Air Kencing

maksud warna air kencing

Warna dan bau air kencing(urin) membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda.Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing.Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut googlechrome urochrome


Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat,baca lebih lanjut  untuk mengetahui maksud warna air kencing.

Air Kencing Warna Jernih
air kencing warna pucat

-Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup.Ini adalah baik.Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyakit Hepatitis dan Diabetes.

Air Kencing Warna Kuning Terang
air kencing kuning terang

-Disebabkan oleh pengambilan supplement vitamin tambahan seperti Vitamin B2 dan Riboflavin.Jangan risau,warna air kencing seperti ini baik dan menunjukkan tubuh anda menggunakan vitamin dengan betul.

Air Kencing Warna Oren
air kencing warna oren

-Pengambilan ubat-ubatan tertentu menyebabkan kencing berwarna oren.Kencing berwarna oren juga boleh disebabkan oleh dehidrasi atau tubuh tidak cukup air.Kurangnya air dalam tubuh menyebabkan konsentrasi urochrome menjadi pekat.

Air Kencing Warna Kuning Gelap
air kencing warna kuning gelap

-Bermakna tubuh anda mengalami dehidrasi(kekurangan air) yang teruk.

Air Kencing Warna Hijau

-Mungkin terdapat jangkitan pada pundi kencing.Jika berwarna hijau terang,ia disebabkan oleh Vitamin B berlebihan.Pewarna makanan juga boleh menukar warna air kencing kepada hijau.Bahkan makanan semula jadi seperti asparagus juga boleh menyebabkan kencing berwarna hijau.

Air Kencing Warna Biru
air kencing warna biru

-Kemungkinan ada jangkitan pada pundi kencing atau kerana Vitamin B dan Calcium berlebihan.Ubat-ubatan tertentu juga menjadi punca warna kencing biru.

Air Kencing Warna Coklat
air kencing warna coklat

-Menunjukkan keadaan kesihatannya teruk.Jika air kencing anda berwarna coklat segeralah berjumpa doktor.Ini adalah tanda-tanda penyakit Hepatitis,penyakit buah pinggang,Hemolytic anemia dan lain-lain.

Air Kencing Warna Merah Pucat
air kencing warna merah

-Jika kencing berwarna kemerahan,kemungkinan ada darah dalam urin itu.Kehadiran darah itu mungkin disebabkan oleh jangkitan saluran kencing,batu karang,penyakit buah pinggang atau ketumbuhan pada pundi kencing.

Segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya air kencing anda berwarna merah untuk diagnosis lebih spesifik.


Rujukan: voices.yahoo.com , www.buzzle.com dan www.webmd.com