Pages

Sunday 16 June 2013

Punca Gigi Kuning

gigi kuning
kenapa gigi kuning
Gigi kuning akan buat seseorang itu kurang keyakinan diri.Yalah,siapa yang tidak kalau nak senyum pun segan apakan lagi ketawa depan orang ramai.

Sebelum ini saya ada berkongsi tentang Gusi  Sakit dan Bengkak ,hari ini saya nak berkongsi pula punca-punca gigi kuning.

Antara penyebab gigi kuning ialah :

1.Umur

-Warna gigi akan berubah seiring dengan umur anda.Semakin kita tua,lapisan enamel yang berwarna putih akan semakin terhakis mendedahkan permukaan dalam gigi yang berwarna kuning iaitu dentin.

2.Rokok
asap rokok

-Rokok seperti yang anda sedia maklum banyak keburukkannya.Salah satunya ialah rokok menyebabkan gigi kuning.Rokok mengandungi ammonia,hydrogen cyanide,karbon monoksida,nikotin dan tar.Bila rokok dinyalakan,sifat kimia bahan-bahan tersebut pun berubah.Apabila disedut,akan ada sisa melekit yang tertinggal pada permukaan gigi.

Cuba anda lakukan eksperimen mudah ini,ambil sehelai tisu lalu hembuskan asap rokok pada tisu tersebut,anda akan lihat noda warna kuning pada tisu tadi.

3.Kopi
kafein kopi

-Pengambilan kopi (kafein) yang berlebihan juga menyebabkan gigi menjadi kuning.

5.Ubat-ubatan
antibiotik

-Antibiotik yang diberikan kepada kanak-kanak berusia 8 tahun ke-bawah juga menyebabkan kekuningan gigi.

6.Genetik
genetik

-Warna gigi juga boleh dipengaruhi oleh genetik.Sekiranya ibu atau bapa anda memiliki gigi kuning,ada kemungkinan untuk gigi anda kuning juga.

7.Kurang gosok gigi
gosok gigi

-Paling penting dalam menjaga kesihatan mulut tentunya ialah kerap menggosok gigi.Sekiranya anda jarang gosok gigi,bakteria akan terkumpul dalam mulut menyebabkan jangkitan

Tahi gigi(plaque) juga akan berkumpul pada permukaan gigi menyebabkan ia sukar dibersihkan sekiranya terbiar lama.

8.Buah-buahan tertentu
epal

-Buah-buahan tertentu seperti anggur,ubi kentang dan epal juga boleh menyebabkan gigi kuning.

9.Minuman bergas

-Minuman bergas seperti Cola juga boleh menyebabkan gigi menjadi  kuning.Minuman bergas menghakis enamel(putih) seterusnya mendedahkan dentin(kuning).

Paling penting kalau anda ingin menjaga kesihatan mulut ialah kerap gosok gigi dan jangan merokok.