Pages

Tuesday 2 July 2013

Tips Berhenti Merokok

merokok
Cara Berhenti Merokok
Kalau ditanya apa benda di dunia ini yang dah tak sedap,tak berkhasiat tapi disukai ramai,sudah tentu jawabannya ialah "rokok".Saya memang tak faham kenapa begitu banyak manusia yang merokok?Rokok merupakan penyumbang utama penyakit kanser,sakit jantung,tekanan darah tinggi dan strok.Rokok juga menyebabkan nafas berbau busuk dan gigi kuning.

Kepada anda yang berazam berhenti merokok,tahniah kepada anda atas keputusan bijak dan berani anda ini.Oleh itu,saya akan berkongsi beberapa tips berhenti merokok yang boleh anda selitkan dalam usaha anda itu.


1.Mulai dengan azam.Setiap perubahan kendiri yang kita lakukan bermula dengan menetapkan azam.Demikian juga dengan rokok,anda perlu berazam untuk berhenti merokok

Cuba buat senarai sebab anda ingin berhenti merokok.Fikirkan sebab-sebab untuk berhebti merokok yang spesifik dan ber-emosi,contohnya untuk bayi yang baru lahir.

2.Berhenti perlahan-lahan.Lebih-lebih lagi sekiranya anda telah berpuluh tahun merokok,percayalah tabiat itu tidak akan dapat dibuang semalaman.Anda perlu berhenti secara perlahan-lahan dan berkala.Jangan terlalu terburu-terburu.

Anda boleh tetapkan masa tertentu dalam seminggu untuk tidak merokok,contohnya hari Isnin tak boleh merokok 24 jam.
banner kempen healthy monday
kempen Healthy Monday
Saya menyarankan untuk anda mula dengan menyertai Healthy Monday Campaign ini.Healthy Monday Campaign atau Kempen Isnin Sihat ,merupakan satu kempen non-profit yang menyeru semua masyarakat dunia mengamalkan gaya hidup sihat pada hari Isnin.

3.Cari rakan yang ada niat sama.Sekiranya anda tidak ada rakan di dunia realiti yang ada azam yang sama dengan anda untuk berhenti merokok,cuba cari di laman-laman sosial atau forum-forum.Memilki rakan seperjuangan akan boost semangat dan motivasi anda.

Antara forum online berhenti merokok yang boleh anda sertai ialah forum.nosmokingday.org.uk .

5.Beritahu azam anda kepada orang-orang yang akan support anda.Memilki sokongan dari rakan-rakan,saudara dan keluarga tentunya akan dapat sentiasa membakar semangat anda.

6.Bersikap positif dengan azam anda,yakinkan diri bahawa anda mampu berhenti.Kalau perlu berjumpa dengan pakar kaunseling.

7.Tukar jenama rokok.Tujuannya ialah untuk mengganggu keselesaan yang anda rasa semasa merokok

Sekiranya sebelum ini anda selalu bawa sekotak rokok ke tempat kerja,cuba lakukan perubahan dengan hanya membawa 3 batang rokok.

8.Minum air dengan banyak.Ini dapat mengurangkan sensasi keinginan anda untuk merokok.Makan juga makanan yang kaya dengan Vitamin C atau supplement kerana seorang perokok kehilangan Vitamin C lebih cepat berbanding individu tak merokok.
jus cranberry

9.Minum Jus Cranberry.Ia akan mempercepatkan proses pengeluaran nikotin dari tubuh.

10.Jangan putus asa sekiranya anda ter-slip atau "terlepas".Walau sebanyak kali mana anda ter-slip,jangan terus mundur sebaliknya cuba,cuba,cuba dan cuba lagi!Akui yang anda masih lemah dan maafkan diri sendiri.

11.Keluar dari rumah dan lakukan sesuatu aktiviti yang boleh distract anda dari merokok.Contohnya bersukan,berjoging,berjalan-jalan tepi pantai.Cuba berkumpul dengan kawan-kawan yang tak merokok.

12.Paling penting sudah tentulah berjumpa dengan doktor atau pergi ke klinik yang khas untuk berhenti merokok.Rawatan secara terapi terbukti sangat berkesan untuk berhenti merokok.

Anda boleh juga meminta dari doktor tersebut...

gula-gula nikotin
gula-gula pengganti nikotin
a)Gula-gula pengganti nikotin.Nikotinlah sebenarnya yang membuat anda ketagih.Gula-gula nikotin ini akan membekalkan nikotin tanpa perlu merokok.

b)Pelekat nikotin(Nicotine Patch),sama seperti gula-gula nikotin,hanya ia dilekatkan pada lengan.Biasanya ia digunakan bersama Nicotine Replacement Therapy(NRT).

c)Varenicline,berfungsi mengelakkan anda dari ketagih asap rokok.Ia baik digunakan seminggu sebelum berhenti merokok.

d)Amfebutamone(Bupropion),berfungsi untuk memberikan rasa tenang.Ia digunakan bila si perokok dah tak tahan gian dah.

Rujukan : www.wikihow.com , quitsmokingwithoutpain.blogspot.com , www.blog.kesihatanonline.com , www.rd.com