Pages

Friday 7 June 2013

Muzik Baik Untuk Kesihatan

Muzik-dan-kesihatan
Mendengar dan bermain muzik baik untuk kesihatan
Semua orang di dunia ni suka dengar muzik,kalau ada yang benci muzik tu saya pun tak tahulah.Tahukah anda bahawa bermain dan mendengar muzik sebenarnya baik untuk kesihatan,bahkan meningkatkan keupayaan tubuh kita?

Dalam satu kajia yang melibatkan 400 kertas kajian,menunjukkan bahawa muzik boleh meningkatkan sistem imun tubuh.

Selain itu muzik juga mampu menurunkan paras kortisol;hormon stress,seterusnya mengurangkan tekanan.Mendengar muzik juga mampu mengurangkan kegelisahan seseorang dengan lebih berkesan berbanding menggunakan dadah.

Satu kajian terbaru di Austria menunjukkan bahawa muzik membantu mereka yang ada sakit belakang kronik.Ini adalah disebabkan mendengar muzik yang berirama slow dan tenang akan memperlahankan degupan jantung dan menurunkan tekanan darah,ini membolehkan otot-otot pada leher,bahu dan perut tenang dan tidak tegang,seterusnya mengurangkan sakit belakang.

Muzik juga membantu ketika bersenam.Mendengar muzik berirama rancak ketika senaman mampu meningkatkan endurance dan mood serta mengelakkan tumpuan kita terganggu.

Para pakar kesihatan mencadangkan kepada orang ramai supaya mendengar muzik sekurang-kurangnya 25 minit sehari.

Rujukan: www.medicalnewstoday.com dan www.dailymail.co.uk