Pages

Wednesday 29 May 2013

5 Penyakit Yang Tidak Dapat Disembuhkan

penyakit yang tidak dapat disembuhkan

Dalam dunia ini ada beribu-ribu jenis penyakit.Belum pun satu penyakit itu ditemui penawarnya,muncul pula penyakit lain.Kita patut berterima kasih kepada para saintis di seluruh dunia kerana bertungkus lumus mencari ubat bagi setiap penyakit,walaupun mungkin tidak menyembuhkan sepenuhnya,tetapi sekurang-kurangnya memberi kesan kelegaan.



Sunday 26 May 2013

Bagaimana Mesin Basuh Berfungsi

Bagaimana mesin basuh bekerja?
Mesin basuh memang dah banyak bantu kita semua,terutama sekali kepada ibu bapa yang bekerja,kalau basuh pakai tangan,alamatnya ramailah yang terpaksa jadi suri rumah sepenuh masa.

Untuk menghargai jasa si mesin basuh sambil-sambil menambah pengetahuan am,apa kata kita selidik sikit bagaimana mesin basuh berfungsi secara ringkas.Ya ringkas saja supaya kepala tak pening memikir.



Sabun Cuci Paling Berkesan Untuk Pakaian Putih

pakaian bersih pemangkin yakin diri
Bagi yang selalu pakai pakaian warna putih samada untuk kerja,sekolah dan lain-lain,memang akan sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling sebab tersentuh sikit dengan dinding pun dah ada kesan kotoran.Kalau tidak terkena kotoran pun,peluh pun akan mengotorkan pakaian tu terutama pada bahagian leher.



Thursday 23 May 2013

Siapa Pencipta Rokok Pertama


siapakah pencipta rokok
Budaya merokok telah sebati dengan masyarakat dunia.Ramai yang menjadikan merokok sebagai hobi mereka.Jadi kalau dah hobi merokok tu,kenalah tahu sedikit latar belakang benda yang anda bakar dan hisap tu.Barulah perokok sejati namanya,tapi saya tidak merokok ya.



Kenapa Kasut Berbau Busuk


kenapa kasut berbau busuk
kenapa kasut berbau busuk
Bagi pelajar dan pekerja pejabat,kasut berbau busuk memang perkara lazim.Sehari saja tak dibasuh,pasti baunya sudah tak enak.Tapi tahukah anda kenapa kasut berbau busuk?



Tuesday 21 May 2013

Sakit Kepala Berdenyut-Denyut

sakit pada bahagian kepala dan rasa berdenyut-denyut

Pernahkah anda merasa sakit kepala berdenyut-denyut pada bahagian tertentu samada bahgian belakang,depan,kiri atau kanan kepala anda atau mungkin juga pada mata anda?



Wednesday 15 May 2013

Wanita Lebih Tahan Sakit Berbanding Lelaki


Wanita Lebih Tahan Sakit Berbanding Lelaki
wanita lebih tahan sakit berbanding lelaki
Wanita selalu dipandang sebagai insan yang lemah.Menjadi tanggungjawab lelaki untuk melindungi wanita,tapi tahukah anda bahawa kajian terbaru menunjukkan wanita lebih tahan sakit berbanding lelaki !



Sunday 5 May 2013

Kenapa Nyamuk Suka Hisap Darah Manusia?



kenapa nyamuk suka hisap darah manusia
kenapa nyamuk suka hisap darah manusia

Antara serangga yang paling kita benci di dunia ialah nyamuk.Bunyi nyamuk saja pun cukup merimaskan apatah lagi gigitannya yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit seperti Malaria dan Denggi.
Jadi kenapa nyamuk suka hisap darah manusia?Kenapa nyamuk perlukan darah?

kenapa nyamuk suka hisap darah manusia
nyamuk juga menghisap nektar bunga seperti lebah


Sebenarnya hanya nyamuk betina yang hisap darah.Nyamuk jantan tidak.Nyamuk sebenarnya seperti lebah,mereka makan nektar bunga.Nyamuk sebenarnya mampu hidup walaupun tidak hisap darah.Mereka hanya perlu makan nektar bunga,tapi nyamuk betina perlukan protein dan zat besi untuk menghasilkan telur.Sementara kedua-dua zat ini banyak terdapat dalam darah,sebab itulah nyamuk hisap darah anda.

kenapa nyamuk suka hisap darah manusia
cantik pula nyamuk ni


Siapa pula yang nyamuk suka hisap darahnya/siapa yang nyamuk suka gigit?Ya nyamuk juga rupanya ada cita rasa tersendiri.Nyamuk dipercayai lebih suka hisap darah jenis 'O'.Nyamuk juga lebih tertarik kepada mereka yang memakai deodoran,minyak wangi serta losyen dan berpakaian warna gelap.Selain itu nyamuk dikatakan suka darah orang yang makan pisang.Nyamuk juga hisap darah binatang mamalia lain,bukan manusia saja.


Bagaimana pula nyamuk mencari mangsa?Nyamuk memiliki deria visual,haba dan kimia.Nyamuk mampu mengesan karbon dioksida pada jarak 30 meter.Semua mamalia termasuk manusia mengeluarkan karbon dioksida.


Saturday 4 May 2013

Kenapa Serangga Tertarik Kepada Cahaya?


kenapa serangga tertarik kepada cahaya
serangga tertarik kepada cahaya putih

Kita semua tahu serangga seperti ngengat dan lebah tertarik terhadap cahaya.Bahkan nyamuk juga tertarik dengan cahaya.Anda ingin tahu kenapa?Teruskan membaca.


Hampir semua serangga sensitif terhadap cahaya.Sifat ini disebut sebagai "phototaxis".Kenapa serangga tertarik kepada cahaya?Sebenarnya serangga perlukan cahaya untuk navigasi.Dipercayai serangga menggunakan bulan dan bintang untuk menentukan arah semasa mencari makanan atau berpindah(migrasi).Bila kita hidupkan lampu,kita sebenarnya menyebabkan serangga-serangga ini keliru.
Ada juga serangga yang takut dengan cahaya seperti lipas.Cubalah halakan cahaya pada lipas pasti ia akan cepat-cepat pergi ke arah gelap.Sifat ini juga disebut "phototaxis".

serangga ialah sumber protein yang lebih baik dari ayam


Bagaimana supaya serangga tidak menyerbu lampu rumah kita?Serangga sangat tertarik dengan cahaya UV dan putih tetapi tidak kepada cahaya kuning dan merah.Jadi pasanglah lampu warna kuning atau merah di depan pintu anda kalau nak halau serangga dari rumah.

kenapa serangga tertarik kepada cahaya
serangga tidak suka cahaya merah