Pages

Saturday 29 June 2013

Punca Nafas Berbau dan Rawatan

nafas berbau busuk
Kenapa nafas berbau??
Nafas berbau atau istilah perubatannya;Halitosis bukan saja membuat kita hilang keyakinan diri malah ia juga annoying bagi orang lain,sehingga mereka mengelak dari bercakap dengan kita.


Mengetahui punca nafas berbau akan membantu anda mencegah dan mengatasinya.

Punca Nafas Berbau dan Rawatan


1.Penjagaan kesihatan mulut yang lemah menjadi sebab utama nafas berbau busuk.Partikel makanan melekat pada gigi,gusi dan lidah menyebabkan bakteria membiak dengan subur,oleh itu,pastikan anda menggosok gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gosok lidah sekali.Sebaiknya tukar berus gigi setiap 3 bulan untuk memastikan keefektifannya.

2.Rokok juga menjadi dalang utama nafas yang berbau.Selain menyebabkan nafas busuk,rokok juga membuat gigi kuning serta mengurangkan deria rasa lidah dan pada masa yang sama membahayakan diri sendiri juga orang-orang di sekitar anda.

3.Penyakit seperti Pneumonia atau Bronchitis,Diabetes,infeksi sinus dan masalah paru-paru atau buah pinggang juga menyebabkan nafas berbau.

4.Penyakit gusi atau penyakit Periodontal(sila baca artikel Gusi Bengkak dan Sakit untuk maklumat lanjut tentang Periodontal) juga menjadi penyebab nafas berbau busuk.Saya cadangkan anda guna Colgate Pro Gum Health untuk mengatasi masalah ini.

5.Mulut kering atau Xerostomia terjadi bila saliva(air liur) dalam mulut kurang.Mulut menggunakan saliva sebagai alat semulajadi untuk membersihkan mulut.Minum air banyak-banyak atau makan gula-gula getah(sebaiknya yang tanpa gula) untuk mengatasi masalah nafas berbau yang disebabkan oleh Xerostomia.Boleh juga minum air yang diperah dengan lemon atau berkumur dengan air garam.

Paling penting dalam mengatasi masalah nafas berbau busuk ini ialah rajin menggosok gigi dan berhenti merokok.Berjumpalah dengan doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Rujukan: www.webmd.com , www.wikihow.com , www.besthealthmag.ca