Pages

Tuesday, 21 May 2013

Sakit Kepala Berdenyut-Denyut

sakit pada bahagian kepala dan rasa berdenyut-denyut

Pernahkah anda merasa sakit kepala berdenyut-denyut pada bahagian tertentu samada bahgian belakang,depan,kiri atau kanan kepala anda atau mungkin juga pada mata anda?


Sekiranya ya maka itu adalah tanda anda mengalami migrain.Migrain ialah sejenis sakit kepala yang biasa dan umum berlaku kepada mereka yang kurang tidur dan stress berlebihan.Migrain biasanya bertahan selama 6 hingga 24 jam dan selalu berulang.

Terdapat juga beberapa punca migrain yang lain seperti kekurangan zat,pengambilan kafein berlebihan,terlalu mengangkat barang berat dan kesan ubat-ubatan serta alkohol.


anda mengalami migrain
Ubat paling berkesan untuk mengatasi migrain dengan cepat pada pengalaman saya ialah Panadol ActivFast.Boleh juga meminta seseorang melakukan urutan lembut pada bahgian yang sakit berdenyut-denyut itu ataupun meletakkan ais padanya.Migrain juga biasanya hilang selepasa anda tidur.

Untuk mengelak mengalami migrain sebaiknya anda ubahlah gaya hidup anda.Sekiranya sebelum ini anda selalu tidur lewat atau tidur anda tidak mencukupi,maka lakukanlah perubahan.Sekiranya pekerjaan anda yang memaksa anda untuk kurang tidur seperti bekerja syif malam,fikirkanlah inisiatif untuk mengatasi masalah ini.


4 comments:

  1. fyna cuma pernah sakit kepala biasa je. denyut2 tue, jarang2 kot. =='

    ReplyDelete
  2. Urutan adalah pilihan saya.. mmg cepat sakit kepala bila tak cukup tidur.. lambat makan pagi (gastrik)

    ReplyDelete
  3. sy mmg slalu kena sakit kpala ni... tp jarang2 ambil panadol.. klu dah sakit sgt, sy tido je

    ReplyDelete
  4. lau skit kepala sy x makn ubat,,ehhehe xD cuba tido.. lepas tido..insyaAllah..

    ReplyDelete